Sunday, May 8, 2011

Mari kita kira...

ok hari ni nak try kira2 carbs pulak...

sarapan pagi:
sosej 2 - 1.4 carbs
air kosong - 0 carbs

lunch:
telur rebus 2 - 0.6 carbs (17 kalori each)

dinner:
tak tau lagi hehe... tp rasanya nak makan ikan goreng je so 0 carbs

*air kosong all in between, plus minus 3litter.


total carbs today: 2 carbs???? makkk aihhh biar benar low giler ni...hmmmpphh... mungkin aku akan ambil sikit sayur lah nanti nak tambahkan carbs

oh ya suka nak ingatkan, bahawa sila lah buat pemeriksaan doktor dulu sebelum mula diet ala-ala low carbs ni sebab ada org yg tak sesuai dengan diet ni kerana ia boleh meningkatkan uric asid dan merosakkan buah pinggang, ada juga yang mengalami rendah sel darah putih. jadi kena hati2 dan pastikan kesihatan anda. saya cuma mengurangkan intake makanan, dan buat masa ni rasanya tidaklah mengikut low carbs diet spt atkins tu, sbb ada masa seperti hujung minggu yg saya mengambil sedikit nasi, disesuaikan dengan kunjungan famili atau berkunjung ke rumah famili yg lain. tetapi dalam kuantiti yg sedikit. dalam masa yang sama, saya sudah mula memerhatikan low kalori diet juga. alhamdulillah buat masa ini saya merasa lebih cergas dan bertenaga serta extra ceria. baju-baju lama yg sendat mendat sudah kembali longgar dan lubang tali pinggang sudah turun dari 2 kepada 4. saya tak timbang pun lagi. tunggulah 2 minggu lagi nak cari penimbang hehehe

--------

hmm.. ni ada satu blog adik ni yg berjaya menurunkan berat badan based on atkins. boleh lah baca dan belek2 utk pemahaman - http://www.taknakgemuk.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html bak kata adik tu baca dari bab 1. so link tu adalah link ke entry pertama blog dia tu. selamat membaca sampai lebam.

---------

menu dinner:

ikan selar goreng 1 ekor
bayam celur

No comments:

Post a Comment