Thursday, May 12, 2011

Today:

sarapan:
ayam seketul kecik
air kosong

lunch:
tomyam ayam 2 ketul
air kosong

dinner:
-tak tau lagi

Yesterday:

sarapan:
sosej 2
air kosong

lunch:
ikan goreng 1 ekor
salad 3 tangkai
tometo 1/4 biji
timun 2 cm
air kosong

dinner:
tomyam ayam 2 ketul
chipsmore 1 (haha dosa ni)
air kosong

Sunday, May 8, 2011

Mari kita kira...

ok hari ni nak try kira2 carbs pulak...

sarapan pagi:
sosej 2 - 1.4 carbs
air kosong - 0 carbs

lunch:
telur rebus 2 - 0.6 carbs (17 kalori each)

dinner:
tak tau lagi hehe... tp rasanya nak makan ikan goreng je so 0 carbs

*air kosong all in between, plus minus 3litter.


total carbs today: 2 carbs???? makkk aihhh biar benar low giler ni...hmmmpphh... mungkin aku akan ambil sikit sayur lah nanti nak tambahkan carbs

oh ya suka nak ingatkan, bahawa sila lah buat pemeriksaan doktor dulu sebelum mula diet ala-ala low carbs ni sebab ada org yg tak sesuai dengan diet ni kerana ia boleh meningkatkan uric asid dan merosakkan buah pinggang, ada juga yang mengalami rendah sel darah putih. jadi kena hati2 dan pastikan kesihatan anda. saya cuma mengurangkan intake makanan, dan buat masa ni rasanya tidaklah mengikut low carbs diet spt atkins tu, sbb ada masa seperti hujung minggu yg saya mengambil sedikit nasi, disesuaikan dengan kunjungan famili atau berkunjung ke rumah famili yg lain. tetapi dalam kuantiti yg sedikit. dalam masa yang sama, saya sudah mula memerhatikan low kalori diet juga. alhamdulillah buat masa ini saya merasa lebih cergas dan bertenaga serta extra ceria. baju-baju lama yg sendat mendat sudah kembali longgar dan lubang tali pinggang sudah turun dari 2 kepada 4. saya tak timbang pun lagi. tunggulah 2 minggu lagi nak cari penimbang hehehe

--------

hmm.. ni ada satu blog adik ni yg berjaya menurunkan berat badan based on atkins. boleh lah baca dan belek2 utk pemahaman - http://www.taknakgemuk.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html bak kata adik tu baca dari bab 1. so link tu adalah link ke entry pertama blog dia tu. selamat membaca sampai lebam.

---------

menu dinner:

ikan selar goreng 1 ekor
bayam celur

Saturday, May 7, 2011

Senyum Pagi Minggu



ini sarapan pagi ni, menu ringkas tapi sedap...

telur 1 biji
1/4 tometo
2cm karot
sedikit lada sulah dan garam

kocakkan telur bersama semua bahan yg dipotong.
panaskan non stick pan, letak sikit minyak zaiton... bila panas masukan aduanan telur tadi...
balikkan telur supaya masak....

dah siap :)

pagi ni saya ambil dengan Earl Grey kosong... yummmy...

#note: kalau dulu saya ambil 2 biji telur utk kenyang... kali ni sebiji dah cukup kenyang... :)

Friday, May 6, 2011

kalau nak diikutkan betul2, aku belum mengikut diet atkins yang sebenar, malah aku consider masih dalam tahap peralihan. salah satu sebab besarnya, aku tak kira carbs dalam intake makanan aku tu. so lepas ni kena rajin2 laa tulih jumlah carbs kat hujung senarai makanan tu.

so... menu hari ini ialah:

sarapan:
sosej honey 2

lunch:
cencaru bakar 1ekor
1/4 tometo
2 inci timun
lada putih + sedikit garam

dinner:
tak tau lagi hehe

Wednesday, May 4, 2011

asalnya untuk diri sendiri, tapi bila dah dishare ngan kawan2 lebih seronok. ok ta'mo citer panjang stret citer ke menu apa aku makan hari ni yer.. in between pls drink lots and lots of air kosong/suam ok.

sarapan:
2 sosej
teh kosong

lunch:
salad
timun
tomato
ayam rebus yg dicarik



resepinya:
salad + timun + tomato dihiris sahaja
2 ketul ayam direbus dengan halia dan sedikit lada putih yg di tumbuk, sedikit garam

susun salad + timun + tomato dalam pinggan
carikkan ayam ke atas salad
taburkan lada sulah + sedikit garam (lada putih sudah ditumbuk dgn garam terlebih dahulu)

dah siap, boleh makan :)

menu malam nanti, angan2nya nak buat cencaru bakar...